photo sharing and upload picture albums photo forums search pictures popular photos photography help login
Topics >> by leonpearcy1024 >> Zikir Kanak Kanak

Zikir Kanak Kanak Photos
Topic maintained by leonpearcy1024 (see all topics)

Keindahan hati nurani ialah nikmat yang sangat berharga yang dimahukan oleh setiap jiwa. Allah Subhanahu Wata'ala telah mengatakan di dalam Al-Quran kepada manusia-manusia bahawa kemulian dan ketenteraman jiwa itu boleh diperolehi hanya dengan berzikir mengingati Allah Subhanahu Wata'ala.


Berzikir atau zikir Allah ialah merupakan ibadah bagi kita mengingati Allah Subhanahu Wata'ala dengan memuji kebesara seperti bertasbih, bertahmid, bertakbir dan sebagainya sama ada dilakukan dengan hati ataupun dengan lisan. Ia merupakan ibadah yang dituntut melakukannya pada setiap masa.


Adapun pengertian zikir dari segi Bahasa merupakan mengingati. Manakala dari segi istilah pula zikir menunjukkan mengingati Allah Subhanahu Wata'ala pada setiap waktu dan tempat dengan cara-cara yang diajar oleh syarak sama ada dengan ucapan, perbuatan atau dengan hati.


Mengingati Allah Subhanahu Wata'ala menyebabkan seseorang melakukan suruhannya dan meninggalkan laranganNya. Mengingati Allah Subhanahu Wata'ala juga merupakan satu usaha yang berjaya untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah Subhanahu Wata'ala, dan Allah Subhanahu Wata'ala juga memerintahkan kepada hambaNya untuk sentiasa mengingatinya


Untuk kanak kanak ada channel youtube yang membuat video zikir kanak kanak yang menarik dan sedap didengar. Semoga semua murid dapat mendengar zikir ini dengan teliti.







leonpearcy1024 has not yet selected any galleries for this topic.