photo sharing and upload picture albums photo forums search pictures popular photos photography help login
Topics >> by >> Zikir Kanak Kanak

Zikir Kanak Kanak Photos
Topic maintained by (see all topics)

Keindahan hati menunjukkan nikmat yang sangat mahal yang diingini oleh setiap hamba Allah. Allah Subhanahu Wata'ala telah mengatakan di dalam Al-Quran kepada makhluk-makhluk bahawa ketenangan dan ketenteraman jiwa itu boleh diperolehi hanya melalui berzikir mengingati Allah Subhanahu Wata'ala.


Berzikir atau zikir Allah adalah ibadah bagi kita mengingati Allah Subhanahu Wata'ala dengan memuji kebesara seperti bertasbih, bertahmid, bertakbir dan sebagainya sama ada dilakukan dengan hati ataupun dengan lisan. Ia merupakan ibadah yang dituntut melakukannya pada setiap masa.


Adapun pengertian zikir dari segi Bahasa ialah mengingati. Manakala dari segi istilah pula zikir merupakan mengingati Allah Subhanahu Wata'ala pada setiap waktu dan tempat dengan cara-cara yang dibenarkan oleh syarak sama ada dengan ucapan, perbuatan atau dengan hati.


Mengingati Allah Subhanahu Wata'ala menyebabkan seseorang melakukan suruhannya dan meninggalkan laranganNya. Mengingati Allah Subhanahu Wata'ala juga adalah merupakan satu usaha yang berjaya untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah Subhanahu Wata'ala, dan Allah Subhanahu Wata'ala juga memerintahkan kepada hambaNya untuk sentiasa mengingatinya


Untuk kanak kanak ada channel youtube yang membuat video zikir kanak kanak yang menarik dan sedap didengar. Semoga semua murid dapat mendengar zikir ini dengan teliti.







has not yet selected any galleries for this topic.